Kalau la scene ni yang selalu ada dalam kamus
hidup mama, off course kami pun happy. Tapi ini jarang-jarang je berlaku. Ye..our Abah is not a sporting man. To him, tak banyak yang orang buat betul..ada je yang tak kena..rimas-rimas. Tiapkali ada yang tak kena..mesti kami angkat kaki.
Abah ni pelik sikit. Mungkin sebab Abah rasa perlu didik anak dengan cara tegas...Abah dah jadi terlalu keras. kalau diberi pilihan...aku tak setuju dengan cara tu walaupun aku telah melaluinya. Apa jadi pada aku...aku jadi anak dia yang paling suka komplen. Bila dah dewasa ni, aku lagi la tak boleh terima langsung cara Abah. Mesti serba tak kena pada aku. Aku dah ada cara aku sendiri ..abah tak boleh nak tukar cara aku lagi..sebagaimana tak de orang yang boleh tukar cara abah
lagi...tapi sekarang, yang aku tak boleh nak bantah sangat...My Husband..tapi kerap juga aku wat perangai...dan hubby aku terpaksa la sabar dengan perangai aku...yang aku faham..hubby aku ni seorang gentleman yang boleh dikagumi juga..setakat ni dia tak pernah tinggikan suara dengan aku...walaupun aku nampak dia betul-betul bengang dengan aku yang cepat naik angin ni.
Mama...apa yang boleh aku katakan pasal my mum..dia adalah wanita yang tersangat-sangat tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang isteri. Aku tak boleh bayangkan perasaan ma sepanjang hidupnya selepas bergelar isteri. Aku pun tak tahu macamne my mum boleh tahan dengan abah aku yang hanya kami adik beradik yang faham. Kalau wanita lain, rasanya dah lama keluarga kami pecah belah. Itulah Anugerah yang ALLAH beri to our mum. Hati yang cukup penyabar. As mother..aku rasa ma tak hadapi masalah sangat besarkan kami...sebab kami tidaklah banyak karenah yang pelik-pelik ketika membesar. Buatlah la hal kalu berani...kalau nak kena penangan Abah..that's why..nakal kami hanya berpada-pada. Kalau kena sebat dengan ma pun...mungkin masa tu ma tengah period...he..he..
Walau macamne sekalipun...our Mum and Dad, they are only our beloved parent...and they know their feeling to each other....and love each other.
Kasih Ibu Membawa ke Syurga...Kasih Ayah Membawa Bahagia..


