Saturday, April 11, 2009

MAMA DAN ABAH CAYANG...

Kalau la scene ni yang selalu ada dalam kamus hidup mama, off course kami pun happy. Tapi ini jarang-jarang je berlaku. Ye..our Abah is not a sporting man. To him, tak banyak yang orang buat betul..ada je yang tak kena..rimas-rimas. Tiapkali ada yang tak kena..mesti kami angkat kaki.
Abah ni pelik sikit. Mungkin sebab Abah rasa perlu didik anak dengan cara tegas...Abah dah jadi terlalu keras. kalau diberi pilihan...aku tak setuju dengan cara tu walaupun aku telah melaluinya. Apa jadi pada aku...aku jadi anak dia yang paling suka komplen. Bila dah dewasa ni, aku lagi la tak boleh terima langsung cara Abah. Mesti serba tak kena pada aku. Aku dah ada cara aku sendiri ..abah tak boleh nak tukar cara aku lagi..sebagaimana tak de orang yang boleh tukar cara abah lagi...tapi sekarang, yang aku tak boleh nak bantah sangat...My Husband..tapi kerap juga aku wat perangai...dan hubby aku terpaksa la sabar dengan perangai aku...yang aku faham..hubby aku ni seorang gentleman yang boleh dikagumi juga..setakat ni dia tak pernah tinggikan suara dengan aku...walaupun aku nampak dia betul-betul bengang dengan aku yang cepat naik angin ni.


Mama...apa yang boleh aku katakan pasal my mum..dia adalah wanita yang tersangat-sangat tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang isteri. Aku tak boleh bayangkan perasaan ma sepanjang hidupnya selepas bergelar isteri. Aku pun tak tahu macamne my mum boleh tahan dengan abah aku yang hanya kami adik beradik yang faham. Kalau wanita lain, rasanya dah lama keluarga kami pecah belah. Itulah Anugerah yang ALLAH beri to our mum. Hati yang cukup penyabar. As mother..aku rasa ma tak hadapi masalah sangat besarkan kami...sebab kami tidaklah banyak karenah yang pelik-pelik ketika membesar. Buatlah la hal kalu berani...kalau nak kena penangan Abah..that's why..nakal kami hanya berpada-pada. Kalau kena sebat dengan ma pun...mungkin masa tu ma tengah period...he..he..


Walau macamne sekalipun...our Mum and Dad, they are only our beloved parent...and they know their feeling to each other....and love each other.
Kasih Ibu Membawa ke Syurga...Kasih Ayah Membawa Bahagia..

Sunday, April 5, 2009

NENEK OH NENEK..

Sekarang..kami cuma ada sorang nenek..nenek sorang lagi dah pergi masa aku Form 4 lagi..19 years ago..yang tinggal ni bonda Abah. Atuk? Aku dan adik-adik tak pernah kenal kedua-dua arwah atuk aku sebab mereka pergi terlalu awal. Walaupun aku tak sempat kenal arwah atuk tapi aku sempat mengenali moyang tapi..arwah pergi jua masa aku Form 2. The one and only our eldest generation yang masih ada pada hari ini adalah ..my little small Oni...Banyak kisah pilu sebenarnya kalau bercerita pasal hubungan kami dengan Oni..what I can say..not so good..we never feel how nice to have Oni..Tapi..Oni ni la mak Abah. tetap darah daging kami. Yang menariknya, Oni ada adik kembar. kami cucu2 oni panggil dia Mak Merah..manakala cucu2 mak Merah panggil Oni Mak Putih...nak tahu kenapa..bila masing-masing dah jadi nenek..yang sorang rambut uban putih dan sorang lagi rambut uban merah (bukan letak inai tau...original). Tapi..Mak Merah dah pergi dulu 2 tahun lepas..Al Fatihah buat semua atuk dan nenek..semoga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah..Amin.

p/s: Photo atas, Oni dengan Abah. Yang satu lagi, photo Mak Putih dan Mak Merah masa my cousin kahwin..satu-satunya gambar dua beradik kembar ni yang aku ada. Mak Merah tunduk ke bawah..arwah tak pandang kamera mungkin sebab arwah dapat rasa dia akan pergi dulu..

Journal Kita...

Aku dah bosan, aku dah bosan..eii bosannya keje aku. Aku sepatutnya stop for a while. take leave..unpaid leave..ohh no! Further study?..Lambat lagi la chances aku dapat as few more seniors yang belum lepas. Tambah-tambah lagi aku baru je pindah ke HQ. Jangan kan nak dapat, application pun mesti tak approved. Kalau masih di Perlis, laluan ke temuduga lebih mudah.temuduga aje...lum tentu dapat pun..Tapi kalau ikutkan hati, aku dah kurang minat nak belajar lagi...mungkin aku dah kekurangan DHA for IQ.

Laman web ni aku dah war-war kan kepada adik2 aku kalau nak tgk2. nak update story pun boleh...Macam-macam story boleh masuk. Pasal kisah hidup kami sekeluarga tapi...VERY PERSONAL STORIES ARE EXCLUDED... Percaya ke tak..masa aku kecik-kecik dulu..aku semontel ini? Sekarang tak la montel cuma..dah semakin mengembang je. Ba'ah kata rasa terharu baca blog eesyahmaisara ni..bakpo pulok? Akak bukan nak harukan suasana tapi nak wujudkan kemeriahan dalam hidup keluarga kita. Sampai hari ni, akak masih suka tulis diari...so, THIS IS OUR DIARY.. Nanti kita introduce satu persatu keluarga kita..tapi pasal Abang kita yang sorang tu, adik-adik la yang kena dapatkan info...sebab den dah lamo dan masih terkesot hati...

Saturday, April 4, 2009

APA..!!! DAH 25 TAHUN..

Tanggal 10.3.1984..aku dapat sorang lagi adik.. Adik yang sorang ni lain sikit..nampak keras dan degil orangnya tapi..mak oii..penakut yang amat.. Kini dah dewasa..ikut kira pada usia..boleh kata cukup dewasa tapi pada aku..belum layak jadi orang dewasa lagi...HEPI BELATED BESDAY dik.. Oohh..Ma dan Abang Ngah panggil dia, Ba'ah..tapi dia lebih suka nama glamor dalam IC....Diana.. Jangan lupa dik..kalau bukan nama timangan tu..your voice takkan lunak merdu..hilang entah ke mana..masa dia little baby dulu..aku selalu kena tunggu sebelah takut dia menangis tanpa suara. Orang tua kata, tak rasi nama..tu sebab Abah bagi nama Siti Raba'ah..nama zaman-zaman nabi tu...sebaik tukar je nama..sampai sekarang, kalau menjerit....hantu pun boleh lari.. Dalam photo tu yang mane satu yee..teka la. Farid ada lagi ke dik...??

SALAM BUAT KELUARGA

Assalamualaikum wbr..

Buat KELUARGA YANG TERCINTA..aku panjatkan doakan agar sentiasa diberkati kehidupan dan dilimpahi hidayah olehNYA sepanjang kita melalui liku-liku kehidupan dalam mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Buat Abah dan Ma yang dirindui, anakanda doakan Abah dan Ma sentiasa dipelihara kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Sangat tinggi harapan anakanda dimurahkan rezeki dapat membawa benih cinta anakanda mengenali tok ayah dan neneknya bagi menyambung keturunan kita. Ampunkan anakanda..Sebetulnya anakanda sangat rindukan kampung halaman dan air tangan ma..dan sememangnya air tangan ma juga telah menjadi punca rezeki abah dan Ma yang menjadi kesukaan ramai..semoga bisnes Abah dan Ma sentiasa dimurahkan rezeki. Buat Abah dan Mak Mertuaku, terima kasih kerana sudi menerima kehadiran anakanda seadanya sebagai teman hidup Abang sebagai suami yang dikasihi.

Apa khabar adik-adik Akak dan anak-anak buah Acik? Apa jua cabaran dalam kehidupan, hanya kita yang akan menentukan arah tuju hidup kita. Segala tunjuk ajar Abah dan Ma jangan dilupakan sebagai pegangan dan pedoman hidup kita adik beradik. Buat Abang Long..kini bermulalah episod liku-liku kehidupan yang harus jua Abang Long harungi...kehidupan yang sama Abah lalui suatu ketika dahulu di saat membesarkan kita adik beradik. Untukmu Kak Ila, susah senang sememangnya asam garam kehidupan.. Abang Ngah, terlebih dahulu ampun dan maaf dipinta..namun sikapmu yang seolah-olah mementingkan diri sendiri banyak melukakan banyak hati. Jangan terlalu leka sehingga lupa dari mana asal kita. Kenanglah semula, sedikit saat-saat yang dilalui sebelum dianugerahkan segala pinjaman duniawi.

Buat suamiku...aku cinta padamu...aku sayang padamu...I miss U. Di mana Anak-anakku?..Opps! hanya anak-anak ini yang dapat aku iklankan.

Kawan-kawan...ke mana menghilang? Doaku kalian sihat sejahtera. Kenangan bersama sentiasa aku ingati. Akhirnya kita sampai ke destinasi kehidupan masing-masing.