Saturday, April 4, 2009

SALAM BUAT KELUARGA

Assalamualaikum wbr..

Buat KELUARGA YANG TERCINTA..aku panjatkan doakan agar sentiasa diberkati kehidupan dan dilimpahi hidayah olehNYA sepanjang kita melalui liku-liku kehidupan dalam mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Buat Abah dan Ma yang dirindui, anakanda doakan Abah dan Ma sentiasa dipelihara kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Sangat tinggi harapan anakanda dimurahkan rezeki dapat membawa benih cinta anakanda mengenali tok ayah dan neneknya bagi menyambung keturunan kita. Ampunkan anakanda..Sebetulnya anakanda sangat rindukan kampung halaman dan air tangan ma..dan sememangnya air tangan ma juga telah menjadi punca rezeki abah dan Ma yang menjadi kesukaan ramai..semoga bisnes Abah dan Ma sentiasa dimurahkan rezeki. Buat Abah dan Mak Mertuaku, terima kasih kerana sudi menerima kehadiran anakanda seadanya sebagai teman hidup Abang sebagai suami yang dikasihi.

Apa khabar adik-adik Akak dan anak-anak buah Acik? Apa jua cabaran dalam kehidupan, hanya kita yang akan menentukan arah tuju hidup kita. Segala tunjuk ajar Abah dan Ma jangan dilupakan sebagai pegangan dan pedoman hidup kita adik beradik. Buat Abang Long..kini bermulalah episod liku-liku kehidupan yang harus jua Abang Long harungi...kehidupan yang sama Abah lalui suatu ketika dahulu di saat membesarkan kita adik beradik. Untukmu Kak Ila, susah senang sememangnya asam garam kehidupan.. Abang Ngah, terlebih dahulu ampun dan maaf dipinta..namun sikapmu yang seolah-olah mementingkan diri sendiri banyak melukakan banyak hati. Jangan terlalu leka sehingga lupa dari mana asal kita. Kenanglah semula, sedikit saat-saat yang dilalui sebelum dianugerahkan segala pinjaman duniawi.

Buat suamiku...aku cinta padamu...aku sayang padamu...I miss U. Di mana Anak-anakku?..Opps! hanya anak-anak ini yang dapat aku iklankan.

Kawan-kawan...ke mana menghilang? Doaku kalian sihat sejahtera. Kenangan bersama sentiasa aku ingati. Akhirnya kita sampai ke destinasi kehidupan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.